Pada suatu hari aku online twitter aku, selepas itu aku follow seorang lelaki ini dan aku tidak mengenali siapa gelaran lelaki itu. Dan pada suatu hari aku ternampak dia tweet sesuatu yang menjengkelkan dan quote retweet dia punya tweet. Selepas beberapa jam aku terima interaction dari twitter aku dan aku buka rupa rupanya lelaki itu yang membalas quote retweet aku. Dia membalas dengan agak kurang sopan tetapi tidak apa aku hanya bersangka baik pada dia kerana aku tidak mengenali dia dengan sepenuhnya. Mula dari situ aku dan dia mula berbicara dari mengenali nama hinggalah latar belakangnya. Pada suatu hari pada dua puluh dua haribulan tujuh dua ribu tiga belas, aku dilamar oleh dia dan aku tidak tahu hendak beri keputusan apa untuk si dia. Aku dan dia hanya kenal dalam laman sosial dan tidak pernah jumpa. Keputusan apa yang sepatutnya aku beri kepada dia. Selama dua jam aku berfikir tentang keputusan itu dan aku bernekad untuk mengata ya kepada dia dengan bermaksud aku terima dia. Mula daripada itu kami menjadi sepasang kekasih.
Monday, May 26, 2014
Siapa Aku? Aku adalah seorang perempuan yang nampak kuat di luar tetapi lemah di dalam. Aku nampak besar tetapi kecil. Aku nampak macam hebat tetapi tidak. Aku hanya mampu berdoa pada yang satu. Aku tak mampu untuk hadapi semua dugaan yang Allah berikan kepada aku. Aku ada teman sejati yang sanggup ada dengan aku bila aku gembira dan sedih. Aku ada peneman hidup yang selalu bagi semangat untuk aku bangkit ketika aku jatuh. Aku ada sahabat yang sokong aku daripada belakang. Tetapi adakah cukup itu semua untuk aku teruskan hidup? oh tidak. Aku masih perlukan keluarga untuk terus maju ke hadapan. Aku mesti hadapi dengan semua dugaan yang kau beri ya Allah. Walaupun aku lemah tetapi aku takkan putus asa dengan begitu mudah demi masa depan aku. Memang benar aku tidak tahu apa takdir aku, aku juga tidak tahu apa masa depan aku. Aku cuma boleh tunggu dan usaha yang terbaik dengan dugaan yang seterusnya. Apa yang aku boleh buat demi masa depan aku? Mampukah aku untuk hadapi dugaan mu ya Allah?
Subscribe to:
Posts (Atom)