Pada suatu hari aku online twitter aku, selepas itu aku follow seorang lelaki ini dan aku tidak mengenali siapa gelaran lelaki itu. Dan pada suatu hari aku ternampak dia tweet sesuatu yang menjengkelkan dan quote retweet dia punya tweet. Selepas beberapa jam aku terima interaction dari twitter aku dan aku buka rupa rupanya lelaki itu yang membalas quote retweet aku. Dia membalas dengan agak kurang sopan tetapi tidak apa aku hanya bersangka baik pada dia kerana aku tidak mengenali dia dengan sepenuhnya. Mula dari situ aku dan dia mula berbicara dari mengenali nama hinggalah latar belakangnya. Pada suatu hari pada dua puluh dua haribulan tujuh dua ribu tiga belas, aku dilamar oleh dia dan aku tidak tahu hendak beri keputusan apa untuk si dia. Aku dan dia hanya kenal dalam laman sosial dan tidak pernah jumpa. Keputusan apa yang sepatutnya aku beri kepada dia. Selama dua jam aku berfikir tentang keputusan itu dan aku bernekad untuk mengata ya kepada dia dengan bermaksud aku terima dia. Mula daripada itu kami menjadi sepasang kekasih.
Monday, May 26, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment